GEORGE TOWN: Perayaan Aidilfitri yang disambut semalam turut memberi rezeki lumayan kepada penjual bunga di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak di sini.
Mengikut kelazimannya Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak akan menjadi tumpuan waris, khususnya mereka yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri dengan menziarahi kubur keluarga tersayang namun perkara itu telah terhenti dua tahun ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
Selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP), penjual bunga, Rosinah Md Hassan, 46, berkata beliau berasa lega kerana perniagaan bunga di Tanah Perkuburan Islam ini dapat kembali beroperasi.
Menurutnya, permintaan terhadap bunga segar biasanya lebih tinggi pada musim perayaan sekali gus memberi peluang kepada peniaga sambilan sepertinya mengaut sedikit keuntungan untuk persiapan menyambut Syawal.
"Gerai jual bunga ini telah diwariskan kepada empat generasi dan setiap kali Ramadan, kami sekeluarga akan berniaga di sini untuk mencari sedikit keuntungan, selain memudahkan pengunjung yang mencari barangan berkenaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Rosinah berkata Ramadan dianggap sebagai bulan rezeki kepada peniaga dan beliau cukup bersyukur dengan rezeki yang diterima untuk membantu menambah pendapatan bagi menyambut Syawal.
Katanya, beliau akan dibantu suami, adik dan anak untuk menguruskan perniagaan bunga yang akan mula beroperasi seminggu sebelum Aidilfitri dan sehingga hari raya ketiga.
"Setiap tahun, saya terpaksa mengambil cuti selama seminggu sebagai petugas di Hospital Pulau Pinang bagi menjalankan perniagaan yang bermula jam 7.30 pagi hingga 7 malam dan dua hari menjelang hari raya kami akan berniaga selama 24 jam sehingga pagi raya," katanya.
Katanya, antara jenis bunga yang dijual dan mendapat permintaan tinggi ialah ros, melor, rampai dan bunga segar tangkai selain bunga hancur yang dicampurkan bersama dengan harga dari RM5 hingga RM10 satu plastik manakala air cendana dan mawar pula RM5 sebotol.
"Orang ramai biasanya menziarahi tanah perkuburan sejak awal puasa hinggalah hari ketiga raya," katanya.
Seorang pengunjung, Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza, 75, berkata kehadiran penjual bunga di kawasan perkuburan ini akan memudahkan pengunjung yang datang menziarah pusara ahli keluarga mereka.
"Pengunjung tidak perlu bersusah payah mencari bunga, kerana ia boleh dibeli dengan harga murah di depan pintu masuk ke kuburan ini," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati selain membersihkan persekitaran perkuburan dan mengecat batu nisan, ahli keluarga juga akan menaburkan bunga di pusara termasuk membacakan ayat-ayat suci al-Quran, mendoakan si mati agar beroleh kesejahteraan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 03 2022
Rosinah menunjukkan pelbagai jenis bunga yang dijual di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak. -Bernama
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.