Aidilfitri: Peluang eratkan silaturrahim - Tun Mahathir
Astro Awani
Mei 1, 2022 23:32 MYT
Mei 1, 2022 23:32 MYT
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berharap kesempatan kembali berkumpul di bulan Syawal digunakan bagi mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan rakan.
"Hari raya kali ini kita dapat bersama ibu bapa dan sanak saudara tercinta, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.
"Kita dapat solat jemaah Hari Raya, berkunjung ke rumah sanak saudara dan jiran tetangga, yang dahulunya online, kini sudah di depan mata.
"Raikanlah Syawal kali ini dengan penuh kesyukuran," katanya dalam ucapan yang dimuat naik ke laman sosialnya.
Umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri esok, 2 Mei 2022.