Aidilfitri: Enam cara tingkat keselamatan, cegah kebakaran sebelum pulang berhari raya
Astro Awani
April 20, 2023 14:36 MYT
April 20, 2023 14:36 MYT
ORANG ramai perlu meningkatkan aspek keselamatan pencegahan kebakaran di premis dan kediaman masing-masing sebelum pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Berikut adalah enam cara untuk meningkatkan keselamatan pencegahan kebakaran di premis dan kediaman sebelum pulang berhari raya:
1 - Pastikan semua peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan rumah terutamanya semasa musim perayaan berikutan risikonya lebih tinggi.
2 - Mengutamakan langkah keselamatan kebakaran, agar tidak berdepan kerugian selepas meraikan perayaan bersama insan tersayang.
3 - Mengetahui risiko berlakunya kebakaran meningkat pada musim perayaan dan penting untuk semua pihak meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengambil langkah mencegah kebakaran.
4 - Bekerjasama dengan jabatan dan bertanggungjawab bagi mengelak kemalangan tidak diingini berlaku. Ini termasuk premis perniagaan seperti pasar raya besar mematuhi piawaian keselamatan kebakaran terutama dalam aspek pemadaman api.
5 - Pastikan tiada unsur yang menghalang laluan keluar atau yang boleh menyukarkan pelepasan sekiranya berlaku kecemasan dalam premis perniagaan.
6 - Mematuhi peraturan dan piawaian keselamatan kebakaran, kerana orang ramai akan lebih beringat setelah dikeluarkan notis amaran, denda tinggi mahupun didakwa di mahkamah.