PUTRAJAYA: Bantuan subsidi musim perayaan dilanjutkan bagi penerbangan sehala antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Labuan dari tiga hari kepada empat hari sebelum sambutan Aidilfitri, iaitu pada 6 hingga 9 April.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata penambahbaikan tersebut dijangka memberi implikasi kewangan tambahan sehingga RM1.8 juta kepada kerajaan.
Jelas beliau lagi, inisiatif berkenaan selaras dengan usaha kementerian untuk membantu perantau balik kampung, dan memenuhi permintaan pengangkutan awam yang tinggi sempena sambutan Aidilfitri.
“Ini bermaksud sesiapa yang membeli tiket penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan pada empat hari tersebut tidak akan membayar melebihi RM599 untuk harga tiket asas kerana sebarang kos melebihi harga maksimum tersebut akan ditanggung Kerajaan.
“Harga ini tidak termasuk cukai dan fi.
“Harga maksimum ini boleh membantu penumpang yang terpaksa membeli tiket penerbangan pada saat akhir atau di laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam perjalanan balik kampung.
“Namun, penumpang boleh mendapat harga yang lebih murah sekiranya merancang perjalanan lebih awal,” katanya pada Jumaat.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Initiatif Tambah Baik Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidilfitri di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Loke berkata kerajaan juga akan meneruskan inisiatif-inisiatif lain termasuk memudah cara penambahan penerbangan.
Ujar beliau, bagi Aidilfitri, Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah memudah cara sebanyak 342 penerbangan domestik tambahan di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April.
"Strategi ini telah menunjukkan kesan yang positif di mana lebih banyak tiket penerbangan terutamanya bagi laluan dari Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi utama di Sabah dan Sarawak dijual pada harga yang lebih murah," tambah beliau.
Pada 4 Mac 2024, AirAsia turut memberi kerjasama dengan menawarkan 22,000 tiket penerbangan pada harga tetap RM298 sehala untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sarawak, dan RM348 sehala untuk Kuala Lumpur ke Sabah.
Hasimi Muhamad
Fri Mar 22 2024
Anthony Loke berkata penambahbaikan tersebut dijangka memberi implikasi kewangan tambahan sehingga RM1.8 juta kepada kerajaan.
AWANI Ringkas: Cuti hari minggu Johor ditukar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
LaLiga: Robert Lewandowski catat hatrik ketiga sebagai penyerang Barcelona
Barcelona, yang bertandang sebagai pelawat, membuka tirai jaringan dengan tandukkan tepat Lewandowski ke arah gawang gol Alaves untuk mendahului 1-0.
Atlet E-sukan disaran kembangkan 'soft skills'
Sementara itu, penggiat dan atlet E-sukan disaran memiliki kemahiran insaniah atau 'soft skills' agar ekosistem E-sukan tempatan dapat terus diperkasa pada tahap yang baik.
Menurut presiden Malaysia E-sports federation (MESF), Muhammad Naim Al Amin Saharudin, selain dapat membangun prestasi individu secara holistik, kemahiran itu juga memastikan mereka dapat terus menyumbang dan beradaptasi dalam bidang tersebut.
Menurut presiden Malaysia E-sports federation (MESF), Muhammad Naim Al Amin Saharudin, selain dapat membangun prestasi individu secara holistik, kemahiran itu juga memastikan mereka dapat terus menyumbang dan beradaptasi dalam bidang tersebut.
"Adik minat E-sports? fokus sekolah dahulu" - Ikon E-sukan
Golongan remaja atau kanak-kanak yang mempunyai minat dalam E-sukan perlu menjadikan pendidikan sebagai asas utama dalam pembentukan kerjaya.
Menurut ikon dan penggiat E-sukan Nureddy Nursal atau lebih dikenali sebagai DaddyHood, ini kerana ilmu yang diperolehi di institusi pendidikan dapat diaplikasikan dalam bidang tersebut.
Menurut ikon dan penggiat E-sukan Nureddy Nursal atau lebih dikenali sebagai DaddyHood, ini kerana ilmu yang diperolehi di institusi pendidikan dapat diaplikasikan dalam bidang tersebut.
124 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Melaka - APM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka telah mengenal pasti 124 'hotspot' yang sering dinaiki air apabila berlaku hujan lebat berterusan.
Desak henti keganasan, MWCQP serah memorandum kepada AS
Wartawan Astro Awani Firdaus Azil turun ke Jalan Tun Razak bagi mengikuti perkembangan penghantaran memorandum NGO bagi membantah peranan Amerika Syarikat terhadap kempen tidak berperikemanusiaan Israel.
Hashem Safieddine, senasib Nasrallah?
Keberadaan Hashem Safieddine mencetuskan tanda tanya sejak Jumaat lalu setelah kempen pengeboman rejim Zionis di pinggir Beirut didakwa menyasarkan beliau.
Pengerusi ASEAN: Malaysia sudah bersedia - PM anwar
Malaysia sudah bersedia untuk mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[TERKINI] Cuti hujung minggu Johor ditukar semula ke Sabtu dan Ahad bermula 2025
Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kembali kepada hari Sabtu dan Ahad bermula tahun hadapan, perubahan itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.
LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.