Aidilfitri: Aliran trafik tinggi, perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini

Bernama
April 6, 2024 17:33 MYT
Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti sambutan Aidilfitri. -Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti sambutan Aidilfitri.
Setakat 3.30 petang ini, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik perlahan dari Gombak menghala ke Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, kawasan pendakian menghala terowong Genting Sempah disebabkan sebuah treler rosak di Kilometer 35.3.
"Selain itu, aliran trafik perlahan di Bukit Tinggi ke Lentang dan Petronas Bentong ke Bentong," katanya ketika dihubungi.
Aliran trafik turut dilaporkan perlahan dari Gua Tempurung ke Gopeng, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Juru ke Perai dan Permatang Pauh ke Sungai Dua.
Bagi laluan arah Selatan negara, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Senai Utara ke Kulai dan Kempas ke persimpangan Dato' Onn.

14:53hrs Trafik perlahan dari Senai ke Kulai. Awasi jarak kenderaan anda. Pandu berhati-hati. Harap maklum. @llmtrafik pic.twitter.com/YewkH1x2Lx

— plusline1800880000 (@plustrafik) April 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.
-- BERNAMA
#Aidilfitri #Lebuhraya Utara Selatan #trafik sesak #pertambahan kenderaan
;