Aidiladha: Trafik perlahan di Lebuhraya PLUS

Astro Awani
Jun 28, 2023 16:31 MYT
Alexander memaklumkan anggaran 5.1 juta kenderaan dijangka memenuhi semua lebuh raya sempena Aidiladha. - Foto SHAHIR OMAR/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Trafik dilaporan bergerak perlahan di beberapa kawasan pada petang ini, menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha esok, menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS).
Trafik perlahan dilaporkan dari arah Selatan dari Seremban ke Pedas Linggi, Tapah ke Gopeng, Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, dan Kuala Kangsar ke Changkat Jering.
Trafik turut dilaporkan perlahan dari Terowong Menora ke Kawasan Rehat Sungai Perak.
Di Pulau Pinang, trafik di Lebuhraya PLUS dilaporkan perlahan dari Juru ke Sungai Dua.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pertambahan jumlah kenderaan itu akan berlaku secara berperingkat bermula 27 Jun sehingga 3 Julai. #AWANInews pic.twitter.com/XuIAEjnjun

— Astro AWANI (@501Awani) June 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, sebuah treler yang dilaporkan rosak di KM 0.7 Lebuhraya ELITE arah Selatan dari Shah Alam ke Seafield turut menyebabkan kesesakan.
Terdahulu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan anggaran 5.1 juta kenderaan dijangka memenuhi semua lebuh raya sempena Aidiladha.
Sebagai langkah persediaan, pihaknya sudah mengarahkan beberapa langkah proaktif bagi meminimakan implikasi negatif ekoran daripada peningkatan trafik tersebut.
#Aidiladha #Lebuhraya PLUS #perayaan Hari Raya Haji #Alexander Nanta Linggi
;