Aidiladha disambut 24 Sept - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Bernama
September 13, 2015 21:16 MYT
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 24 Sept, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam ini. -Gambar hiasan
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 24 Sept, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam ini.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1436 Hijrah ialah pada Selasa, 15 Sept 2015.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 24 Sept 2015," katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini.
#24 sept #Aidiladha #Hari Raya Korban #Mohd Aseral Jusman
;