Aidi Ismail Pengarah JPJKK baharu

Bernama
Februari 23, 2022 11:53 MYT
Datuk Aidi Ismail hari ini menerima tugas sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu. - Foto Sinar Harian/PDRM
KUALA LUMPUR: Datuk Aidi Ismail hari ini menerima tugas sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu menggantikan Datuk Ramli Din yang bersara wajib pada 13 Jan lepas.
Datuk Dr Mustafa Khan Abdul Samat yang memangku jawatan itu sebelum ini menyerahkan tugas itu kepada Aidi dalam satu majlis serah terima tugas di Bukit Aman di sini disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain.
BACA: Aidi dilantik Pengarah JPJKK yang baharu - PDRM
Turut berlangsung acara serah terima tugas bagi jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) JPJKK oleh Datin Nor Hamiah Abdul Hamid Hasani kepada Datin Raja Asaudat Raja Muda dengan disaksikan oleh Naib Perkep Malaysia Datin Zainah Othman.
-- BERNAMA
#Aidi Ismail #Pengarah JPJKK baharu #Bukit Aman #Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti #Ramli Din