AI Google Veo 2, Imagen 3 dilancar dengan kemampuan jana video 4K

Amanz
Disember 17, 2024 18:23 MYT
Imagen 3 boleh menjana gambar yang lebih realistik dalam pelbagai gaya dan sudah boleh digunakan di 100 negara. -Amanz
GOOGLE DeepMind pagi ini mengumumkan dua lagi model kecerdasan buatan (AI) generatif baharu iaitu Veo 2 yang boleh menjana video dan Imagen 3 yang boleh menjana imej.

Ringkasan AI
  • Google DeepMind mengumumkan dua model AI generatif baharu, Veo 2 dan Imagen 3.
  • Veo 2 boleh menjana video sehingga 2 minit pada resolusi 4K dengan tera air SynthID untuk mengelakkan penyalahgunaan.
  • Imagen 3 boleh menjana gambar yang lebih realistik dalam pelbagai gaya dan sudah boleh digunakan di 100 negara.

Veo 2 boleh menjana video sehingga 2 minit pada resolusi 4K.
Bagi mengelakkan penyalahgunaan, semua video yang dijana oleh Veo 2 akan mempunyai tera air SynthID yang tidak dapat dilihat oleh manusia tetapi boleh dikesan oleh komputer.
Antara penambahbaikan pada Veo 2 ialah menghilangkan isu video yang kelihatan aneh seperti jari berlebihan dan objek yang kelihatan tidak masuk akal.
Imagen 3 pula boleh menjana gambar yang kelihatan lebih realistik dalam pelbagai gaya berbanding model-model Imagen terdahulu.
Veo 2 sudah boleh digunakan oleh pengguna terpilih menerusi perkhidmatan VideoFX. Pengguna lain perlu memasuki senarai menunggu untuk mencubanya.
Sementara itu, Imagen 3 pula sudah boleh digunakan menerusi ImageFX di 100 negara bermula hari ini. -Amanz
#AI Generatif #Google DeepMind #Veo 2 #Imagen 3 #jana video
;