Ahmad Zahid tidak sabar kembali bertugas
Bernama
November 25, 2023 15:45 MYT
November 25, 2023 15:45 MYT
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak sabar untuk kembali bertugas dan memberikan yang terbaik dalam menjalankan amanah dipertanggungjawabkan.
Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, Ahmad Zahid yang kini dalam tempoh berehat selepas menjalani pembedahan baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menziarahi beliau sebelum menghadiri Karnival Usahawan Desa di Putrajaya hari ini.
"Moga jalinan ukhwah ini terus berkekalan dan mendatangkan kebaikan bersama demi rakyat dan negara," katanya.
Ahad lepas anak Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan.
-- BERNAMA