Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen

Nazri Kahar
Mei 24, 2024 00:32 MYT
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia. - Foto: Faiz Iswadi
SHENZHEN: Para pelajar di China diseru agar mengambil peluang dengan kudrat untuk menimba pengalaman dan ilmu serta sentiasa menjalin hubungan baik sesama rakyat Malaysia dan masyarakat tempatan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam sebuah majlis makan malam di Shenzhen, yang turut dihadiri isteri, Datin Seri Hamidah Khamis; Timbalan Menteri Luar, Datuk Muhamad Alamin; Konsul Jeneral Malaysia di Guangzhou, Puan Suraya Pauzi, dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Ahmad Zahid juga menggesa rakyat Malaysia di sini menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia di mata rakyat China.
Beliau sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China hingga 1 Jun depan, dan itu merupakan lawatan pertukaran pemimpin tertinggi kedua-dua negara sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
#Ahmad Zahid Hamidi #China #pelajar malaysia #imej negara #hubungan baik
;