Ahmad Zahid nasihat orang ramai waspada situasi banjir, patuhi arahan

Bernama
Oktober 14, 2024 12:00 MYT
Ahmad Zahid juga menyarankan orang ramai untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bencana melalui portal rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). -Facebook
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil tahu perkembangan semasa banjir di beberapa negeri.

Ringkasan AI
  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai untuk berwaspada terhadap perkembangan semasa banjir, khususnya di Pahang yang baru terjejas.
  • Beliau menekankan kepentingan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga, serta mengutamakan komunikasi dengan pihak berkuasa tempatan dalam situasi kecemasan.
  • Ahmad Zahid juga menyarankan orang ramai untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bencana melalui portal rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata semua pihak perlu mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.
"Utamakan keselamatan dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan jika berlaku sebarang kecemasan," katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.
Beliau memaklumkan setakat 6 pagi tadi, Pahang menjadi negeri terbaharu terjejas banjir.
Sebarang maklumat terkini mengenai kejadian bencana di seluruh negara, katanya boleh didapati melalui portal rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan
-- BERNAMA
#Zahid Hamidi #NADMA #Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana #banjir
;