Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing

Nazri Kahar
Mei 29, 2024 14:14 MYT
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council. - Foto Fariz Iswadi
BEIJING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council bersama Timbalan Menteri Luar, Datuk Muhamad Alamin, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad, Setiausaha Bahagian Asia Timur Kementerian Luar Negeri, Datuk Tarid Sufian, dan Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Di kesempatan itu, Ahmad Zahid turut diberikan taklimat mengenai lawatan ke Beijing sebagai destinasi terakhir dan kemuncak lawatan rasmi beliau ke China.
Semasa di Beijing Ahmad Zahid akan melakukan kunjungan hormat ke atas TYT Perdana Menteri Li Qiang selain akan mengadakan perbicangan dengan Timbalan Perdana Menteri, TYT Den Xuexiang dan Penasihat Negara dan Keselamatan Awam, TYT Wang Xiaohong.
#Zahid Hamidi #Timbalan Perdana Menteri #lawatan rasmi #Beijing #China
;