Ahmad Zahid bantu mangsa kemalangan
Sinar Harian
Ogos 21, 2023 21:00 MYT
Ogos 21, 2023 21:00 MYT
SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tuanku Abdul Halim untuk segera mendapatkan rawatan.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, kejadian tersebut berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang setelah menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan MIC.
“Saya secara kebetulan melihat berlakunya kemalangan yang baru terjadi melibatkan sebuah kereta dan penunggang motosikal berdekatan Jalan Tuanku Abdul Halim.
“Kami bergegas membantu Satnam dan saya telah pastikan agar rawatan serta urusan perubatan beliau dapat disegerakan,” katanya pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa agar mangsa tersebut sembuh dan dipermudahkan segala urusan. - Sinar Harian