Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan pihak Polis Diraja Malaysia supaya mengharamkan perhimpunan Jerusalem Jubilee yang dijadual diadakan di Melaka dari 15 hingga 18 Jun ini.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan penganjuran perhimpunan itu hanya akan melukakan hati umat Islam jika ia dibenarkan berlangsung.
"Bila hati umat Islam tersentuh, terhiris, dilukai... saya sebagai Menteri Dalam Negeri mengarahkan pihak polis mengharamkan perjumpaan itu. Ini adalah mesej yang lantang dan jelas.
"Sesiapa yang menganjurkan Jerusalem Jubilee, permit kamu dibatalkan di bawah arahan rasmi saya selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri," katanya semasa berucap pada program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.
Pada majlis itu timbalan perdana menteri berbuka puasa dan bersama-sama dengan hadirin menunaikan solat maghrib di Masjid Annur, Batu 8, Ulu Kinta.
Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 100 orang anak yatim.
Terdahulu pihak penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee dilapor telah membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan tersebut setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada pihak polis.
Ketua Polis Melaka Datuk Abd Jalil Hassan berkata pihaknya telah memanggil pihak penganjur dan mereka telah membuat keputusan sendiri untuk membatalkan perhimpunan itu dan sehingga kini sebanyak 32 laporan polis telah dibuat.
Ahmad Zahid dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepasa organisasi Islam atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan tersebut.
"Beberapa laporan polis telah sampai ke Bukit Aman dan mereka merujuk perkara ini kepada saya dan dengan kuasa Menteri Dalam Negeri, saya arahkan PDRM membatalkan perhimpunan itu," katanya sambil menambah meraikan penjajahan Israel ke atas Palestin turut melukakan hati rakyat Malaysia.
Timbalan perdana menteri memberi amaran kepada semua pihak agar menghormati agama lain dan saling menjaga toleransi beragama di negara ini yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama.
"Kita menghormati agama lain walaupun ada bekas tokoh yang mengatakan negara Malaysia bukan negara yang mengamalkan agama Islam sebagai agama rasmi. Tetapi agama Islam adalah agama Persekutuan. Sila rujuk Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
"Saya buta warna dalam menjalankan tugas yang menjaga sensitivi agama lain. Ada perkara yang boleh dimaafkan, tetapi yang tak boleh dimaafkan jika berkait dengan Islam," tegas Ahmad Zahid.
Dalam pada itu beliau mengumumkan akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri khusus untuk Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai menghargai sumbangan dan jasa mereka kepada negara.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2017
Ahmad Zahid hadir pada majlis berbuka puasa sempena Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Ulu Kinta malam ini. Turut kelihatan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (dua, kiri). --fotoBERNAMA
Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang - KPN
Dakwaan perlu menunggu sehingga 24 jam selepas kehilangan ialah mitos yang sering disebarkan banyak pihak tanpa asasnya.
Rangka dinosaur Stegosaurus dilelong pada harga RM207.9 juta
Dinosaur ini dipercayai hidup di bumi kira-kira 150 juta tahun dahulu pada Zaman Jurasik Akhir.
EPL: Amat istimewa ada Van Nistelrooy sebagai jurulatih di Manchester United - Zirkzee
Zirkzee menyertai United minggu lalu selepas menandatangani kontrak bernilai 35 juta pound (RM212 juta) dari kelab Serie A, Bologna.
AWANI Ringkas: Isu pembelajaran digital untuk AI antara yang dibangkitkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penemuan telefon kunci utama cari motif kematian Nur Farah Kartini - Pakar
Ia juga bergantung kepada maklumat yang dijumpai dalam alat telekomunikasi berkenaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota
Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh.
Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong
Ini bagi menghilangkan rasa resah masyarakat selain bagi memastikan kejadian sebenar di sebalik rakaman CCTV itu.
Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Berdasarkan aturan mesyuarat, isu itu akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan, bagi hari terakhir sidang.
Kapal tentera laut AS, USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Klang
Ketibaan kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Blue Ridge (LCC19) di Pelabuhan Klang pada Rabu menandakan komitmen Amerika Syarikat dalam memperkukuh hubungan dengan Malaysia.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
19 lagi Pusat Temuduga Kanak-Kanak dibina di seluruh negara
JSJ Bukit Aman akan menambah sebanyak 19 lagi Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) di seluruh negara bagi menangani kes-kes seksual dan penderaan ke atas kanak-kanak dan wanita.
Polis Malaysia, Thailand setuju perkukuh kerjasama banteras penipuan pekerjaan luar negara
Polis Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.
Polis tahan 102 wanita warga asing bekerja jadi GRO
Polis turut merampas antara lain 44 keping lesen perniagaan, 27 pembesar suara, 22 mikrofon, 16 amplifier, 85 botol minuman keras pelbagai jenama, dan wang tunai berjumlah RM12,885 dalam operasi itu.
19 tahun lolos, suspek rogol akhirnya dicekup
Polis berjaya menyelesaikan kes rogol yang berlaku pada tahun 2003 dengan tertangkapnya suspek terbabit.
Video individu diseksa renjatan elektrik berlaku di luar negara
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan video tersebut kerana dikhuatiri ianya mampu mencetuskan kegusaran.
Tonto dalam tindakan PDRM
Tindakan tonto yang memerhati dan mengekori setiap pergerakan anggota JPJ memberi cabaran kepada pihak berkuasa terbabit untuk menjalankan tugas.
PDRM, ASEANAPOL tingkat risikan buru sindiket penipuan dalam talian di Kemboja
Siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara bagi mengesan ahli kumpulan sindiket berkenaan.
Hina Nabi Muhammad, polis siasat pemilik akaun FB 'Uthaya Sankar SB'
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Uthaya Sankar SB berhubung hantaran yang mempunyai unsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW pada 7 April lalu.
Data DNA bantu polis tangkap suspek kes rogol 12 tahun lalu
Polis menahan seorang lelaki semalam bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan di sebuah bengkel di Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang, yang berlaku 12 tahun lepas.
Tiada siasatan baharu ke atas Dr Mahathir - Polis
Kali terakhir beliau dipanggil PDRM ialah pada 23 Mac lepas bagi membantu siasatan membabitkan buku memoir Tommy Thomas.