Ahmad Said dan isteri positif COVID-19

Nur Fazlizai Ali
Januari 19, 2021 21:05 MYT
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu ketika dihubungi Astro AWANI berkata, beliau menjalani ujian saringan tiga hari yang lalu sebelum mendapat keputusannya pada hari ini. - Sumber foto FB UMNO Kemaman
KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan positif COVID-19.
Pasangan itu dikatakan tidak menunjukkan sebarang simptom, hanya mengalami letih, sebelum membuat keputusan melakukan swab test.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu ketika dihubungi Astro AWANI berkata, beliau menjalani ujian saringan tiga hari yang lalu sebelum mendapat keputusannya pada hari ini.
Katanya, sejak beberapa hari lalu beliau merasa letih sebelum membuat keputusan untuk melakukan ujian saringan COVID-19.
Hasil ujian yang dilakukan mendapati beliau dan isteri positif wabak berkenaan.
Ahmad Said turut berkata, ketika ini dia bersama isterinya sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Sementara itu, menerusi hantaran Facebook rasmi UMNO Kemaman turut memaklumkan perkembangan tersebut.
Melalui catitan itu meminta semua pihak mendoakan kesihatan kedua pasangan tersebut.
#Ahmad Said #COVID-19 #UMNO #Facebook #Kuala Terengganu #Kemaman #kesihatan #Dr Noor Hisham Abdullah
;