Ahmad Maslan tidak setuju 'jambatan bengkok'

Diyana Ibrahim
Oktober 18, 2018 20:12 MYT
Ahmad berkata beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan ada banyak perkara yang lebih penting perlu dilaksanakan di Johor. - Gambar fail
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan meragui kemampuan kerajaan Pakatan Harapan untuk membina 'jambatan bengkok' yang dijangka akan memakan kos berbilion ringgit.
Wakil rakyat Barisan Nasional itu berkata beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan ada banyak perkara yang lebih penting perlu dilaksanakan di Johor.
“Dalam kawasan saya ada dua jambatan, satu RM1.5 juta dan satu lagi RM1.6 juta itu tidak diluluskan.
“Kemudian ada satu lagi jambatan rosak... tiga-tiga jambatan ambil kos mungkin dalam RM3 juta.
“Tapi nak bina tiga jambatan pun tidak mampu inikan pula nak bina jambatan yang berbilion ringgit," katanya kepada pemberira di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, DAP menafikan mereka tidak bersependapat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan pelaksanaan semula projek jambatan bengkok.
Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong menganggap pendapat yang dibangkitkan DAP merupakan perkara biasa dalam sebuah kerajaan demokrasi.
BACA: Keadaan ekonomi sekarang tidak sesuai laksana 'jambatan bengkok' - Azmin
BACA: Projek 'jambatan bengkok' diteruskan semula?
Sebelum ini projek jambatan bengkok dibangkitkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.
Osman berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan cadangan projek itu dan ia dipersetujui oleh kerajaan negeri.
#Ahli Parlimen Pontian #Ahmad Maslan #Barisan Nasional #jambatan bengkok #Johor #Pakatan Harapan
;