Ahmad Maslan segak berbaju Melayu teluk belanga di Parlimen

Luqman Hariz
Julai 16, 2018 12:11 MYT
Ahli Parlimen Pontian itu mengangkat sumpah buat pertama kali sebagai ahli parlimen pembangkang.
Datuk Ahmad Maslan hari ini mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Pontian.
Ia juga merupakan momen bersejarah yang menyaksikan beliau buat pertama kali mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen pembangkang.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, Ahmad berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pontian selepas memperoleh 21,132 undi.
Beliau mengalahkan calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini yang memperoleh 20,299 undi dan calon PAS, Baharom Mohamad yang mendapat 4,295 undi.
BACA: KJ, Anifah bersendirian di blok pembangkang
BACA: Baru 10 minit, Dewan Rakyat sudah kecoh
BACA: Mohamad Ariff jamin jadi Speaker bebas daripada pengaruh luar
#Ahmad Maslan #angkat sumpah parlimen #Dewan Rakyat #MP Pontian #Parlimen #pembangkang #Terkini Astro AWANI
;