Ahmad Faizal Azumu kini Penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri
Firdaus Azil
Ogos 5, 2021 16:43 MYT
Ogos 5, 2021 16:43 MYT
PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah dilantik sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri, dengan taraf Menteri.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, Ahmad Faizal, yang juga Ahli Parlimen Tambun dan mantan Menteri Besar Perak, akan menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat, dan pembangunan sosio-ekonomi.
“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di atas pelantikan ini,” menurut kenyataan itu lagi.
#Ahmad Faizal Azumu
#Penasihat PM
#Muhyiddin Yassin
#PPBM
#Twitter
#Perdana Menteri
#Parlimen
#Malaysia