Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu

Bernama
Februari 2, 2025 23:45 MYT
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok. - FB Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
SHAH ALAM: Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Pelantikan itu diumumkan menerusi Facebook rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor malam ini.
Ahmad Fadzli menggantikan Datuk Haris Kasim yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Jan lepas.
Sebelum ini, Ahmad Fadzli pernah bertugas di Institut Tadbiran Awam Negara sebagai ketua Kluster Pembangunan Pengurusan dan Inovasi.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (kini Majlis Bandaraya Diraja Klang) pada April 2020 sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri pada Disember 2021.
-- BERNAMA
#Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor #dilantik #Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin #Pegawai Kewangan Negeri Selangor
;