Ahmad Bashah selesai jalani pembedahan kecil dan stabil

Astro Awani
Jun 7, 2016 12:54 MYT
Pada 4 Jun lalu, Ahmad Bashah pitam ketika menghadiri mesyuarat bersama ADUN Kedah di Hotel Grand Alora
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selesai menjalani pembedahan kecil di bahagian usus dan kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara itu disahkan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin.
Menurutnya, Ahmad Bashah menjalani pembedahan itu pada kira- kira jam 10 malam dan selesai jam 3 pagi tadi.
Menurutnya, pada masa ini Ahmad Bashah sedang berehat atas nasihat doktor.
Sehubungan itu, beliau memohon agar semua pihak berdoa agar Ahmad Bashah cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
Pada Sabtu (4 Jun) lalu, Ahmad Bashah pitam ketika menghadiri mesyuarat bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah di Hotel Grand Alora, Alor Setar kira-kira pukul 7 malam, sebelum dikejarkan ke Kedah Medical Centre (KMC) pada 7.15 malam.
Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang pada kira-kira 2.30 petang Ahad, memandangkan hospital tersebut mempunyai kelengkapan yang lebih terkini dan lengkap serta dapat dirawat oleh pakar yang lebih khusus.
#Ahmad Bashah Md Hanipah #komplikasi usus #Pembedahan #Shaiful Hazizy Zainol Abidin
;