Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dirawat di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Sabtu lalu bagi komplikasi usus, hari ini dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang.
Beliau dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang pada kira-kira 2.30 petang, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin.
"Hospital tersebut mempunyai kelengkapan yang lebih terkini dan lengkap dan beliau juga akan dirawat oleh pakar yang lebih khusus," katanya dalam kenyataan.
Ahmad Bashah pitam ketika menghadiri mesyuarat bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah di Hotel Grand Alora di sini kira-kira pukul 7 malam Sabtu, sebelum dikejarkan ke KMC pada 7.15 malam.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din dalam sidang media semalam berkata menteri besar disahkan mengalami komplikasi usus namun tidak serius dan berada dalam keadaan stabil.
Shaiful Hazizy berkata keadaan menteri besar adalah amat baik dan positif, serta meminta pihak tertentu agar tidak membuat sebarang spekulasi liar mengenai kesihatan beliau.
"Media juga dinasihatkan menerima perkembangan daripada saluran rasmi pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Menteri Besar sahaja," katanya dalam kenyataan itu.
Bernama
Mon Jun 06 2016
Hospital tersebut mempunyai kelengkapan yang lebih terkini dan lengkap dan Ahmad Bashah (gambar) akan dirawat oleh pakar yang lebih khusus. -Gambar fail
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.
Kekalutan politik Kedah
Peristiwa pelantikan dan pergolakan Menteri Besar Kedah tidak pernah berkesudahan.
Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah
Tindakan itu adalah bagi memberi laluan kepada barisan pelapis baharu untuk meneruskan dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan BN di Kedah.
PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib
Beliau berkata disebab itu, agenda perumahan menjadi keutamaan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14.
'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tahap sokongan UMNO di Langkawi apabila memutuskan keputusan untuk bertanding di Parlimen berkenaan.
BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding
Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Parlimen dibubar hari ini?
Adakah Parlimen akan dibubarkan hari ini? Ramai dalam kalangan pengamal media meramalkan pembubaran akan diumumkan hari ini.
Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan
Peningkatan kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbanan anggota serta pegawai sukarela badan beruniform di seluruh negara.
Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu pengurusan KFA melakukan siasatan dan rombakan sekiranya perlu.
'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai
Cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.