Ahli Presma diseru tampil bantu petugas barisan hadapan - Jawahar
Fareez Azman
Mac 23, 2020 17:05 MYT
Mac 23, 2020 17:05 MYT
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mengalu-alukan semua ahlinya di seluruh negara untuk menjalankan tanggungawab sosial korporat (CSR) dalam membantu pasukan petugas barisan hadapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Menurut Pengerusinya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, inisiatif itu diambil bagi meringankan beban pihak terlibat yang terpaksa berdepan risiko setiap hari.
"Bantuan CSR yang dicadangkan ini termasuklah pemberian makanan percuma kepada petugas barisan hadapan serta sumbangan bahan mentah kepada mereka yang memerlukan.
"Sumbangan ini akan diberikan kepada petugas di hospital, pasukan Rela dan pejabat kerajaan yang diletakkan dalam keadaan tunggu sedia sepanjang tempoh PKP," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Di samping itu, Presma juga, kata beliau, turut mengaktifkan Tabung Bantuan COVID-19 dan Bilik Gerakan Bancana bagi memudahkan sebarang pengagihan serta susun atur kerja bagi membantu kerajaan mendepani wabak pandemik itu hingga selesai.
Dalam masa sama, Presema menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM 40 bilion serta pengurangan caruman empat peratus sekali gus memberi lebihan tunai kepada orang ramai.
Namun begitu, Presma berpendapat, onstitusi kewangan perlu melihat semula syarat pengecualian pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan selama enam bulan yang diumumkan sebelum ini.
Kata Jawahar, syarat yang dikenakan termasuk pengguna perlu bebas CCRIS dan CTOS adalah membebankan terutama ketika mereka mengalami kehilangan pendapatan sehingga 70 peratus sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
#ATM
#bantu
#barisan hadapan
#COVID-19
#CSR
#EPF
#Hospital
#KKM
#koronavirus
#KWSP
#Malaysia
#PDRM
#Pemberian Makanan
#persatuan
#Presma
#tentera