KUALA LUMPUR :Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam menggesa semua ahli politik termasuk ahli Parlimen supaya membina pusat digital di rumah masing-masing serta mengadakan sidang akhbar secara dalam talian bagi mengurangkan interaksi bersemuka.
Presidennya, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar yang bimbang akan wujud satu lagi kluster membabitkan ahli politik itu berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sudah jelas membuktikan sejarah peningkatan jangkitan kes positif di negara ini.
"Kita belajar daripada sejarah, PRN Sabah, pada masa itu hampir semua ahli politik pelbagai peringkat yang mencetuskan kluster baharu yang berpunca daripada interaksi dalam kalangan mereka.
"Kita tengok ahli politik dan pengikut-pengikut mereka, kalau kita tengok secara am, tidak dapat dinafikan mereka juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti bersama masyarakat dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.
Sehubungan itu, Zainal mengesyorkan ahli-ahli politik mengurangkan interaksi bersemuka dengan mengadakan pusat digital di rumah masing-masing serta mengadakan sidang akhbar secara dalam talian.
Katanya, demi kesejahteraan masyarakat, pemimpin politik akan melakukan kuarantin kendiri meskipun tidak ada sebarang gejala.
"Kami di (Pakar Perubatan) Kesihatan Awam sangat berharap orang politik agar melakukan kuarantin kendiri dan buat kerja dari rumah dengan menggunakan platform digital," tambahnya lagi.
Baru-baru ini beberapa ahli politik termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainuk Abidin; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Saqique adalah antara yang disahkan positif.
Malah sebelum ini Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mencadangkan ahli politik mengadakan sidang media secara dalam talian berbanding secara bersemuka seperti yang diamalkan sekarang.
Umavathi Ramayah
Wed Jan 20 2021

ZAINAL ARIFFIN: Kita belajar daripada sejarah, PRN Sabah, pada masa itu hampir semua ahli politik pelbagai peringkat yang mencetuskan kluster baharu yang berpunca daripada interaksi dalam kalangan mereka.
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.

Croatia lapor kes pertama cacar monyet
Lelaki itu tidak dimasukkan ke hospital sebaliknya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy positif COVID-19
Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang, Prof Dr. P. Ramasamy disahkan positif COVID-19.

'Sekarang baru merasa, seksa juga' - Wawa Zainal dijangkiti COVID-19
Tidak pasti mana puncanya, Wawa memberitahu dia disahkan positif COVID-19 selepas menjalani penggambaran untuk produk baharu keluarannya.

Ketua Menteri P. Pinang jalani kuarantin kendiri
Chow Kon Yeow menjalani kuarantin kendiri selepas didapati menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19.

MB Selangor kuarantin kendiri, isteri dan dua anak positif COVID-19
agaimanapun Amirudin berkata dirinya disahkan negatif melalui keputusan ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) yang diambil.

Putin jalani kuarantin kendiri, selepas kenalan dijangkiti COVID-19
Presiden Rusia Vladimir Putin mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri selama beberapa hari selepas kenalannya dijangkiti COVID-19, lapor Sputnik.

Takiyuddin jalani kuarantin kendiri selepas sah kontak rapat individu positif COVID-19
Bagaimanapun hasil dua ujian RT-PCR yang dilaksanakan masing-masing pada 10 dan 13 Sept lepas, adalah negatif.

Data COVID-19 mengelirukan, rombak semula polisi kuarantin kendiri - Shafie Apdal
Data yang dipamer kepada orang awam tidak lagi diberikan dalam bentuk infografik dengan maklumat yang terperinci sebagaimana sebelum ini.

Lim Guan Eng nafi ingkar kuarantin kendiri
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan beliau telah melanggar tempoh kuarantin kendiri yang bermula 1 hingga 10 September.