Ahli perniagaan wanita maut ditembak di Sungai Dua

Astro Awani
Februari 21, 2017 20:03 MYT
Kes tembakan yang berlaku di Sungai Dua, Pulau Pinang pada 21 Februari 2017. - Foto Bernama
Seorang wanita maut selepas ditembak ketika sedang memandu kereta di Jalan Pekaka, Sungai Dua, di sini petang tadi.
Dalam kejadian sekitar 5.45 petang itu, mangsa yang berusia 49 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan pada jarak dekat.
Mangsa yang juga seorang ahli perniagaan maut ditembak oleh dua penunggang motosikal.
Akibat kejadian itu juga kenderaan mangsa turut melanggar sebuah kenderaan sebelum merempuh tembok sebuah kediaman.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pulau Pinang SAC Zainol Samah berkata mangsa yang sedang memandu bersendirian dari Sungai Dua menuju ke Bukit Gambir telah ditembak lebih 10 das dalam kejadian.
"Enam das daripada tembakan itu mengenai bahagian dada mangsa, yang menyebabkan kecederaan serius kepada wanita tersebut," katanya.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

[Video] [Update] Pemandu kereta wanita maut ditembak suspek bermotosikal dekat padang Taman Pekaka 1, Pulau Pinang - Polis pic.twitter.com/vZ4Q9XrX3Y

— BERNAMA (@bernamadotcom) February 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ditembak mati #George Town #Jalan Pekaka #Sungai Dua #wanita mati ditembak
;