Ahli Parlimen Sibu undur diri

Khairunnisa Kasnoon
Februari 23, 2013 17:15 MYT
DAP Sarawak dijangka akan menamakan isteri kepada Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng untuk dipertimbangkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Irene Chong disebut-sebut akan menggantikan tempat Ho Leng selepas beliau mengumumkan tidak mempertahankan kerusinya atas faktor kesihatan.
Ho Leng bagaimanapun tidak menyebut isterinya itu sebagai pangganti.
"Saya telah serahkan surat pengunduran kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan parti menghormati keputusan saya," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Bukit Assek.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Sibu, pada Sabtu.
Pengerusi DAP Sibu itu, turut menyatakan pengundurannya dalam laman sosial twitter sambil memklumkan, calon baru DAP kelak, adalah calon muda.
"Saya mengumumkan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti untuk berehat," umummnya.
"Pengganti saya adalah calon yang yang lebih muda," tambahnya.
Baru-baru ini, Ho Leng mengesahkan beliau menghidap barah otak, sekaligus menutup spekulasi tentang kesihatannya.
Pilihan Raya Umum lalu, Ho Leng tewas kepada Robert Lau Hoi Chiu daripada SUPP.
Ho Leng diangkat sebagai Ahli Parlimen Sibu selepas memenangi Pilihan Raya Kecil 2010 ekoran kematian penyandangnya.
Dalam Pilihan Raya Negeri 2011, Ho Leng menang di DUN Bukit Assek dengan 13,527 undi.
#DAP #Sarawak #wong ho leng
;