KUALA LUMPUR:Kesemua Ahli Parlimen perlu menghayati titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyokong Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen pada 6 Nov ini.
Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata sokongan tersebut penting kerana Belanjawan 2021 diperlukan dalam usaha melawan pandemik COVID-19 dan memastikan kelangsungan ekonomi negara secara keseluruhannya.
"Apa yang kita nak sampaikan kepada semua Ahli Parlimen ialah isu politik itu adalah (cuma isu) di antara mereka, tetapi apa pun yang berlaku mereka perlu memastikan bahawa negara mempunyai peruntukan mencukupi.
"Sehingga hari ini, kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk melawan COVID-19, dan sekarang ini kita berhadapan dengan gelombang ketiga, jadi saya percaya kita perlu menyediakan peruntukan mencukupi," katanya dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk 'Titah Agong Amanat Dijunjung' yang disiarkan di Bernama TV, malam tadi.
BACA: Bung Moktar beri jaminan Ahli Parlimen UMNO akan sokong Belanjawan 2021
BACA: Tiada darurat: Hayati titah Agong, tumpu Belanjawan 2021 - Umno
BACA: Darurat kerana Muhyiddin tidak yakin menang undi Belanjawan di Parlimen - DAP
Pada Ahad, Al-Sultan Abdullah menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang adalah amat penting kepada rakyat.
Menurut baginda, Belanjawan 2021 itu amat penting kepada rakyat dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Mengulas lanjut, Noor Azlan berkata semasa gelombang pertama wabak COVID-19, negara telah berjaya mengawalnya malah data ekonomi juga menunjukkan terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi.
Namun, apabila gelombang ketiga berlaku, aktiviti ekonomi negara sekali lagi terkesan, katanya.
"Keadaan ekonomi secara keseluruhan kini memang terjejas dan banyak segmen dalam masyarakat terkesan akibat COVID-19, terdapat kes kehilangan pekerjaan malah ada juga perniagaan terjejas.
"Tanggungjawab (Ahli Parlimen) tetap kepada rakyat, berilah sokongan (pada Belanjawan). Kesejahteraan rakyat merupakan perkara paling penting," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 26 2020
Noor Azlan Ghazali, Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi. - Gambar fail
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.