Ahli Parlimen Paya Besar meninggal dunia

Noraniza Kamsani
Februari 12, 2018 21:53 MYT
Allahyarham terjatuh di bilik air dipercayai akibat serangan jantung. - Foto fail Bernama
Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, 69 tahun, meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur selepas dipercayai terjatuh di bilik air kira-kira jam 6.45 petang tadi.
Abangnya yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan mengenai perkara itu.
Beliau berkata, adiknya yang juga Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) terjatuh di bilik air dipercayai akibat serangan jantung.
"Buat masa ini, arwah masih di Kuala Lumpur dan saya masih berurusan dengan ahli keluarga sama ada akan membawa arwah ke sini atau tidak," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Abdul Manan yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, menang dengan majoriti 7,715 undi.
Beliau menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Murnie Hidayah Anuar dan calon Bebas, Zahari Mamat.
#Ahli Parlimen Paya Besar #Datuk Seri Abdul Manan Ismail #meninggal dunia #Muhammad Safian #MyIPO #Paya Besar #SUK Pahang #UMNO
;