Ahli Parlimen Padang Besar dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah

Bernama
Disember 28, 2019 00:18 MYT
Terdahulu, Zahidi dikejarkan ke Unit Kecemasan HTF kerana mengalami sesak nafas ketika bangun dari tidur kira-kira jam 5 pagi tadi. Foto: Sinar Harian
Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin yang sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Koronori (CCU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Pengarah HTF Dr Othman Warijo berkata Zahidi, 58, dipindahkan ke HSB kira-kira pukul 9.30 malam ini bagi mendapat rawatan daripada Unit Kardiologi Khas di sana.
"Beliau kini dalam keadaan stabil, bagaimanapun pemantauan lanjut akan diteruskan bagi mendapat rawatan lebih efektif di sana (Hospital Sultanah Bahiyah) ," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan Zahidi dikejarkan ke Unit Kecemasan HTF kerana mengalami sesak nafas ketika bangun dari tidur kira-kira jam 5 pagi Sabtu.
-- BERNAMA
#Ahli Parlimen Padang Besar #CCU #Datuk Zahidi Zainul Abidin #Hospital Sultanah Bahiyah #Hospital Tuanku Fauziah
;