Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyelar Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad atas kenyataan berhubung isu gaji yang viral di laman sosial.
Ibrahim menyifatkan Nawawi langsung tidak memahami konsep asas sistem percukaian.
"Dia (Nawawi) itu sekolah di mana?
"Tanya pada dia kerajaan dapat duit daripada mana? Tentulah daripada cukai yang dibayar oleh rakyat, bererti segala-galanya adalah duit rakyat," ujar Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat Perkasa di sini hari ini.
Tegasnya, gaji dan elaun yang diterima setiap wakil rakyat di negara ini juga datangnya daripada kerajaan yang memperoleh dana daripada rakyat.
Nawawi memuat naik artikel pendek tentang sistem percukaian Denmark di laman Facebooknya pada 6 Jun 2016.
Artikel tersebut menyatakan walaupun rakyat Denmark menikmati pendidikan dan penjagaan kesihatan percuma, tetapi mereka perlu menanggung cukai yang tinggi antaranya cukai pendapatan minimum 40 peratus, cukai jualan 25 peratus serta beberapa lagi cukai yang dikenakan kerajaan.
Ulasan Nawawi terhadap perkara tersebut mengundang kritikan pengguna media sosial yang mengingatkannya bahawa gajinya dibayar oleh rakyat.
Nawawi kemudian membidas dengan menyatakan bahawa gajinya bukan daripada rakyat tetapi dibayar oleh kerajaan dan duit kerajaan bukanlah duit rakyat.
"Sekali duit terlepas ke pihak lain ia bukan lagi duit kita.
"Kalau duit kerajaan duit rakyat maka marilah kita ramai ramai pi serang semua jabatan kerajaan ambil balik duit kita," jelas Nawawi di ruangan komentar status berkenaan.
Walaupun mendapat kritikan hebat pelbagai pihak, Nawawi bagaimanapun tetap mempertahankan kenyataannya itu.
Membalas komentar pengikut Facebooknya hari ini, Nawawi menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik pendapatnya kerana ia merupakan hujah peribadi antara dirinya dengan khalayak di media sosial.
"Hakikat itu siapapun tak nafikan bahawa kerajaan mendapat sebahagian sumbernya dari cukai rakyat.
"Tapi cukai bukan bagi free tapi wajib bagi demi untuk mendapat perkhidmatan dari kerajaan seperti keselamatan, kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan lain-lain," katanya.
Maka jelas Nawawi, secara teknikalnya duit yang dibayar oleh rakyat sebagai cukai sudah menjadi hak milik kerajaan dan gaji serta elaun yang dibayar kepada wakil rakyat datangnya daripada akaun kerajaan, bukannya akaun rakyat.
Israr Khalid
Wed Jun 08 2016
IBRAHIM: Tanya pada dia, kerajaan dapat duit daripada mana?
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
PPM tumpaskan 7,103 kes jenayah, rampasan bernilai RM210 juta
Pasukan Polis Marin (PPM) telah menumpaskan 7,103 kes jenayah yang dilakukan di perairan Malaysia tahun ini sehingga 31 Oktober 2024.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
'Jemput' Teresa Kok ke Langkawi, Mohd Suhaimi didakwa komen lucah
Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) didakwa mengeluarkan perkataan yang melanggar peraturan ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis.
'Tun M, belajarlah dari pengalaman ... hilang deposit' - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya yang meramalkan Perikatan Nasional (PN) mampu meraih kemenangan 5-1 dalam PRN pada 12 Ogos ini.
Tun Mahathir dibenar keluar dari IJN
Dr Mahathir dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara pada pukul 8.40 pagi ini.
Tun Mahathir puji kadar vaksinasi negara, cadang naikkan ke 800,000 dos sehari
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kadar vaksinasi negara perlu ditingkatkan kepada 800,000 dos sehari.
Dr Mahathir naik Proton X70 masuk Istana Negara
Tatkala pemimpin lain menaiki kereta mewah keluaran luar negara memasuki Istana Negara, Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebaliknya.
Langgar SOP: Polis Langkawi siasat Tun Mahathir
Pihak polis akan menjalankan siasatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad atas kesalahan tidak mematuhi SOP ketika menghadiri sebuah program di Langkawi, 8 Mei lalu.
Kerajaan PN lemah punca laksana darurat - Tun M
Menurutnya, ini memandangkan peraturan sedia ada seperti beberapa perintah kawalan yang dilaksanakan sebelum ini sudah cukup untuk menangani penularan wabak COVID-19.
Pelancong sihat wajar dibenarkan melancong ke Langkawi - Dr Mahathir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekarang adalah masa yang sesuai membenarkan pelancong-pelancong sihat untuk melawat Langkawi.
Kerajaan PN bangunkan negara demi rakyat, bukan untuk kroni - Abdul Rahman
Abdul Rahman Mohamad berpandangan kerajaan Perikatan Nasional semasa melakukan sehabis baik demi rakyat.
Pelaksanaan cukai rokok bakal beri kesan kepada kehadiran pelancong - Tun M
Pelaksanaan cukai rokok dan bahan tembakau di kawasan bebas cukai seperti Langkawi bakal memberi kesan kepada kehadiran pelancong pada masa hadapan.