Ahli Parlimen Batu Sapi, V K Liew meninggal dunia

Astro Awani
Oktober 2, 2020 13:18 MYT
Tahap kesihatan Liew merosot pagi ini dan disahkan meninggal dunia di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia kira-kira jam 11.50 pagi tadi.
Mendiang yang berusia 60 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.
Perkara itu disahkan pegawai beliau kepada Astro AWANI sebentar tadi.
Liew yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) sebelum ini menerima rawatan di hospital tersebut kerana jangkitan kuman di paru-paru.
Menurut pegawai mendiang yang ditemui di pekarangan hospital itu, sekitar jam 8 pagi tadi, kadar oksigen Liew masih stabil.
"Namun, tahap kesihatannya semakin merosot dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawat beliau," katanya kepada Astro AWANI.
Mendiang akan dibawa ke kediamannya di Likas untuk upacara seterusnya.
#Kota Kinabalu #meninggal dunia #Liew Vui Keong #VK Liew #bekas menteri #Menteri di Jabatan Perdana Menteri #oksigen #Likas #jangkitan kuman #paru-paru #rawatan #Hospital #Hospital Gleanegles
;