Ahli MT UMNO cedera ditikam
Astro Awani
Oktober 27, 2017 23:32 MYT
Oktober 27, 2017 23:32 MYT
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan cedera ditikam di hadapan rumahnya di Taman Moccis, Sungai Buloh, malam ini.
Seorang ahli keluarganya memberitahu Astro AWANI, Sohaimi dipercayai cedera di bahu dirawat di Pusat Perubatan KPJ Damansara.
"Beliau berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di hospital," katanya.
Sohaimi dipercayai ditikam oleh orang kurang siuman, kata ahli keluarganya lagi.