Ahli MKT UMNO mula tiba di Menara Dato' Onn
Ridauddin Daud
Oktober 20, 2023 20:38 MYT
Oktober 20, 2023 20:38 MYT
KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan beberapa pimpinan negeri dilihat sudah mula tiba di Menara Dato' Onn bagi menghadiri Mesyuarat MKT UMNO pada Jumaat malam.
Antara yang dilihat hadir ialah Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan Terengganu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.
Setakat ini, media masih tidak dimaklumkan intipati mesyuarat namun berdasarkan cakap-cakap, ia mungkin berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
Isu konflik Palestin juga mungkin disentuh dalam mesyuarat kali ini yang difahamkan bermula pada jam 9.00 malam.
Media kini hanya menunggu di lobi Menara Dato' Onn, bersedia sekiranya ada sidang media daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.