Majlis Penasihat Pertanian mendapat persetujuan daripada barisan kabinet untuk ditubuhkan, namun nama-nama ahli majlis dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) itu akan diumumkan pada Isnin.
Menterinya, Salahuddin Ayub berkata beberapa nama akan dikemukan olehnya dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Ismail Bakar.
"Mereka terdiri dari 10 ahli yang terdiri dalam kalangan pakar bidang pertanian dan nama mereka akan diumumkan Isnin depan,” kata Salahuddin ketika ditemui di sini hari ini.
Majlis itu berfungsi untuk menjana idea dan meningkatkan produktiviti industri pertanian dalam negara.
Memetik laporan Bernama, majlis itu juga mampu menambah baik fungsi dan perkhidmatan kementerian itu.
Bercakap mengenai isu kenaikan harga barang dan mengesahkan satu mesyuarat bakal diadakan antara Ketua Setiausaha MOA dengan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Skim Pelaksanaan Harga musim perayaan 2018 akan dilaksanakan selepas mesyuarat antara kedua-dua kementerian dan terdapat 22 barang yang akan dikawal,” kata Salahuddin.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan 22 jenis barangan tersebut kerana masih sulit tetapi akan memaklumkan selepas tamat mesyuarat kelak.
Dalam pada itu, Salahuddin mengesahkan kementeriannya akan meneruskan pemberian Elaun Sara Hidup kepada lebih 10,000 nelayan seluruh negara.
Elaun yang diberikan adalah berjumlah antara RM250 hingga RM300 mengikut kategori zon nelayan.
Zaim Ibrahim
Wed May 30 2018
![Ahli Majlis Penasihat Pertanian diumum pada Isnin - Salahuddin Ayub Ahli Majlis Penasihat Pertanian diumum pada Isnin - Salahuddin Ayub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527686102_SalahuddinAyub.jpg)
Menurut Salahuddin, Skim Pelaksanaan Harga akan dilaksanakan bagi mengawal 22 jenis barangan sempena musim perayaan 2018. - Gambar fail
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![PBB pindahkan bantuan bertimbun di jeti Gaza - WFP PBB pindahkan bantuan bertimbun di jeti Gaza - WFP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719794566_PBB.jpg)
PBB pindahkan bantuan bertimbun di jeti Gaza - WFP
Abeer Etefa memaklumkan pekerja mula mengangkut bantuan bertimbun kebanyakannya makanan ke gudang pada Jumaat.
![JKM Perlis peruntuk lebih RM58,000 bantu mangsa ribut JKM Perlis peruntuk lebih RM58,000 bantu mangsa ribut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719154565_TBributperlis.jpg)
JKM Perlis peruntuk lebih RM58,000 bantu mangsa ribut
Bantuan yang disampaikan berjumlah RM100 hingga RM5,000 setiap kes berdasarkan kepada tahap kerosakan yang dialami.
![Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718269988_TBNORAINIAHMAD.jpg)
Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah
Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa, terutamanya autisme, diminta tidak bersendirian sekiranya mempunyai masalah.
![Melaka teliti bantuan kepada nelayan, penternak terjejas larangan jualan dwicangkerang Melaka teliti bantuan kepada nelayan, penternak terjejas larangan jualan dwicangkerang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718226890_AkmalSaleh.jpg)
Melaka teliti bantuan kepada nelayan, penternak terjejas larangan jualan dwicangkerang
Dr Muhamad Akmal berkata sebelum ini terdapat bantuan yang telah disalurkan kepada nelayan terjejas oleh LKIM.
![PM beri sumbangan kepada Azlee Senario PM beri sumbangan kepada Azlee Senario](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718101324_tbAzleeSenarioAnw.jpg)
PM beri sumbangan kepada Azlee Senario
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Anwar, Farhan Fauzi bagi mewakili Perdana Menteri.
![El-Sisi, Biden setuju hantar bantuan ke Gaza melalui lintasan Karem Abu Salem El-Sisi, Biden setuju hantar bantuan ke Gaza melalui lintasan Karem Abu Salem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716646744_TBEGYPTPRESIDENT.jpg)
El-Sisi, Biden setuju hantar bantuan ke Gaza melalui lintasan Karem Abu Salem
Kedua-dua presiden membincangkan situasi kemanusiaan yang teruk di Semenanjung Gaza.
![Tanah runtuh: Malaysia sedia hulur bantuan kepada Papua New Guinea - PM Tanah runtuh: Malaysia sedia hulur bantuan kepada Papua New Guinea - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716606053_TanahRuntuh.jpg)
Tanah runtuh: Malaysia sedia hulur bantuan kepada Papua New Guinea - PM
Katanya, hantaran bantuan akan mencabar memandangkan kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil dan muka bumi yang berceranggah.
![PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716335054_Trucks.jpg)
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.
![UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716091256_tbstreetflooded.jpg)
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
![85 penternak kupang terjejas terima bantuan LKIM dan Parlimen PD 85 penternak kupang terjejas terima bantuan LKIM dan Parlimen PD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715853015_AminuddinHarun.jpg)
85 penternak kupang terjejas terima bantuan LKIM dan Parlimen PD
Penyerahan bantuan itu bertujuan mengurangkan beban penternak yang terjejas sepanjang mereka tidak dapat menuai hasil ternakan kupang.