#AgongKita: 'So sweet' YDP Agong, Permaisuri saling berpegangan tangan

Harits Asyraf Hasnan
Julai 30, 2019 14:44 MYT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16. - fotoBERNAMA
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah saling berpegangan tangan dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Istiadat Pertabalan Agong Ke-16.
Gelagat itu dirakam menerusi siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena istiadat tersebut yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum itu menerima Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama yang dibarisi 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Rata-rata para netizen menyifatkan gelagat kedua-dua Baginda begitu comel dan amat mesra.

Kenapa dia asyik pandang isteri dia? OUHHH NAK PEGANG TANGAN HAHAHAHHAHA so cuteeeee https://t.co/A97UjSl0M0

— arrissa hye (@arrissazahar) July 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tuanku merajuk dengan permaisuri sebab nak pegang tangan tapi permaisuri tak sambut but then terus tak nak pegang. So cute lah hihihi https://t.co/9k0CfIC92R

— (@nurulelhidayah) July 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Before ni nampak permaisuri cuba pegang tangan, tapi tak dapat. Sampai moment ni we were laughing gila macam 'hah nak pegang sangat kan' So cute la https://t.co/kCPZMLrFB2

— DalilaMastor (@deylaMas) July 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AgongKita #Al-Sultan #Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin #Istiadat Pertabalan YDPA XVI #Tunku Azizah Maimunah Iskandariah
;