Agong zahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Tunku Abdul Jalil

Bernama
Disember 6, 2015 20:29 MYT
Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan putera keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (gambar) dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.
Menurut kenyataan Istana Negara di sini, Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan putera keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam semalam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akibat kanser, dan selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru petang ini.
BACA: 'Kepada adikku yang dikasihi ... inilah malam yang paling sukar untuk saya' - TMJ
BACA: "Lil, Siti hilang pemberi semangat di kala kesedihan" - Siti Nurhaliza
BACA: 10 fakta berkenaan putera kesayangan Johor, Almarhum Tunku Jalil
BACA: "Saya mungkin di hospital bila awak datang," pesan akhir Tunku Jalil buat Faizdickie
FOTO: Tunku Abdul Jalil, damailah Almarhum di sana
#Sultan Ibrahim #tunku abdul jalil #Tunku Laksamana Johor
;