Agong ucap tahniah kepada Erdogan

Bernama
Mei 30, 2023 14:26 MYT
Seri Paduka menzahirkan harapan agar Malaysia dan Turki dapat terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran untuk kedua-dua negara dan rakyatnya. - Foto/Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan atas pemilihan semula sebagai Presiden Turki.
Menurut catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka menzahirkan harapan agar Malaysia dan Turki dapat terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran untuk kedua-dua negara dan rakyatnya.
Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengutus warkah ucapan tahniah secara peribadi kepada Erdogan.
Erdogan pada Ahad memenangi pilihan raya penentu dengan menewaskan pencabarnya Kemal Kilicdaroglu.
Malaysia dan Turki telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1964.
Pada tahun lepas, Turki merupakan rakan dagang serta destinasi eksport terbesar Malaysia dan sumber import keenam paling utama dalam kalangan negara Asia Barat.
-- BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #Recep Tayyip Erdogan #Presiden Turki #ucap tahniah
;