Agong tunai solat Jumaat di Kubang Kerian

Bernama
Januari 4, 2019 15:51 MYT
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (tengah) berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra Kubang Kerian hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (dua, kanan). - Foto BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, di sini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Mufti negeri, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Kira-kira 2,000 jemaah hadir menunaikan solat berkenaan yang diketuai imam,Ustaz Abdul Bari Abdullah.
Sebaik selesai solat fardu itu, baginda dan jemaah turut menunaikan solat hajat bagi memberkati pemerintahan baginda yang kini sudah kembali bertugas selepas beristirahat menjalani rawatan bermula 2 November sehingga 31 Disember tahun lalu. - BERNAMA
#Datuk Ahmad Yakob #Jumaat #Masjid Al Sultan Ismail Petra Kubang Kerian #menteri besar kelantan #Sultan Muhammad V #Yang di-Pertuan Agong
;