Agong tidak akan layan agenda gugat kestabilan politik

Afiezy Azaman
Februari 26, 2024 12:00 MYT
Seri Paduka Baginda turut bertitah agar kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara mesti menjalankan tugas dengan tegas. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong menegaskan Baginda tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba mengugat kestabilan politik negara.
Sultan Ibrahim bertitah, semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk.
"Jika ada yang hendak main politik tunggu masa pilihan raya akan datang," titah Baginda semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15.
Sultan Ibrahim turut mengingatkan bahawa Parlimen merupakan tempat para penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan dan ahlinya adalah penggubal kepada undang-undang tersebut.
"Oleh itu adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal mematuhi peraturan yangg dibuat.
"Oleh yangg demikian saya harap semua ahli dewan akan tunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di dewan yang mulia ini.
"Jaga adab dan tataterbit serta gunakan tutur kata yang sopan dan bukan maki hamun orang lain, kalau tengok perangai ahli dewan sebelum ini saya pun rasa malu nak masuk ke dewan ini," titah Baginda lagi.
Seri Paduka Baginda turut bertitah agar kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara mesti menjalankan tugas dengan tegas untuk memastikan semua ahlinya mematuhi peraturan di sepanjang tempoh persidangan.
"Saya berikan lampu hijau kepada Speaker untuk ambil tindakan kepada Ahli Parlimen yang melampau batas, boleh digantung 14 hari jika ada yang masih degil.
"Oleh yangg demikian saya harpa semua ahli-ahli dewan akan tunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di dewan yang mulia ini.
#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #kestabilan politik #Kerajaan Perpaduan
;