Agong terima watikah pelantikan empat perwakilan asing ke Malaysia
Bernama
November 8, 2023 14:54 MYT
November 8, 2023 14:54 MYT
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima watikah pelantikan empat ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara di sini.
Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Dr Ismael Maaytah dari Jordan, Dr Mubarak Saeed Ahmed Burshaid AlDhaheri (Emiriah Arab Bersatu), Md. Shameem Ahsan (Bangladesh) dan Juraj Koudelka (Republik Czech).
Selain itu, Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Maghribi Shahabudeen Adam Shah.
Hadir sama pada istiadat itu ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.
-- BERNAMA