Agong terima watikah 18 perwakilan asing ke Malaysia
Bernama
Ogos 17, 2023 15:54 MYT
Ogos 17, 2023 15:54 MYT
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima watikah pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara di sini.
Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Jaime Alexis Munoz Sandoval dari Chile, Ouk Chandara (Kemboja), Lada Phumas (Thailand), Dinh Ngoc Linh (Vietnam), Abdelhafid Bounour (Algeria), Morecome Mumba (Zambia), Altynbek Zhumaev (Kyrgyzstan), Ailsa Terry (United Kingdom) dan Krzysztof Dariusz Dobrowolski (Poland).
Selain itu, Orla Tunney dari Ireland, Syed Ahsan Raza Shah (Pakistan), Serob Bejanyan (Armenia), Stella Bezirtzoglou (Greece), Patrick Hemmer (Luxembourg), Darius Gaidys (Lithuania), Erick Rahmat Moertabat (Suriname), Marko Ham (Slovenia) dan Charif Maoulana (Comoros).
Hadir sama pada istiadat itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
-- BERNAMA
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Yang di-Pertuan Agong
#Zambry Abdul Kadir
#watikah pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke Malaysia