Agong terima menghadap Rafizi, Mohd Uzir

Bernama
Julai 2, 2024 14:09 MYT
Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai pelaksanaan Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). - Foto FB Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin di Istana Negara hari ini.
Menerusi perkongsian dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai pelaksanaan Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pada 4 Mac lepas, DOSM dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 1.3 juta pengusaha pertanian akan dilibatkan dalam bancian yang meliputi fasa pertama bermula 13 Feb hingga 31 Mac dan fasa kedua pada 7 Julai hingga 10 Okt.
-- BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #Rafizi Ramli #Mohd Uzir Mahidin #Istana Negara #Banci Pertanian 2024 #Jabatan Perangkaan Malaysia
;