Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Bernama
Februari 4, 2025 14:00 MYT
Februari 4, 2025 14:00 MYT
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap bekas Panglima ATM Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Mohd Nizam yang sebelum ini Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA) Markas ATM dilantik sebagai Panglima ATM ke-23 pada 31 Jan lepas.
Beliau menggantikan Mohammad yang bersara wajib selepas berkhidmat hampir empat dekad bersama ATM.
Menurut catatan itu, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Mohammad atas jasa serta sumbangan beliau dalam ATM.
-- BERNAMA