KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Menteri Luar China Wang Yi di Istana Negara, di sini hari ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata majlis menghadap itu adalah julung kali buat Wang Yi yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam.
Ahmad Fadil berkata dalam sesi yang berlangsung selama 45 minit, Seri Paduka dan Wang Yi telah menyentuh berkenaan hubungan dua hala yang erat terjalin antara Malaysia dan China sejak 1974.
"Kedua-dua pemimpin turut menyentuh berkenaan usaha pengukuhan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi susulan peningkatan jalinan hubungan Malaysia-China ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.
"Kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-10 perkongsian itu tahun depan," menurutnya dalam satu kenyataan.
Turut hadir, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Amran Mohamed Zin.
Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan dan rasa sukacita terhadap hubungan erat Malaysia dan China yang terjalin secara istimewa dalam pelbagai aspek termasuk bantuan yang dihulurkan Kerajaan China dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam memerangi penularan COVID-19 serta pemulihan pasca pandemik.
"Seri Paduka menzahirkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Wang Yi atas persilaan kepada Baginda untuk mengadakan lawatan rasmi ke China.
"Seri Paduka juga berkenan mempersilakan Presiden China Tuan Yang Terutama Xi Jinping untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia. Kali terakhir beliau melawat Malaysia ialah pada tahun 2013," katanya.
Pada sesi menghadap itu, Seri Paduka dan Wang turut menyentuh mengenai projek pelaburan syarikat China di Pahang khususnya Malaysia-China Kuantan Industrial Park yang terletak di Gebeng, Pahang.
Menurut Ahmad Fadil, Seri Paduka menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan China kerana projek-projek tersebut menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi terutamanya di Pahang dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Malaysia (ECER).
China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009 dan menyumbang 18.9 peratus kepada jumlah dagangan global negara pada 2021.
Pada masa sama jumlah dagangan China dengan Malaysia mencecah rekod tertinggi sebanyak USD101.55 bilion (RM450.6 bilion) pada 2021.
Pada 2021 juga, stok pelaburan langsung asing dari China ke Malaysia mencecah RM25.91 bilion. Pada tahun yang sama, pelaburan yang diluluskan dengan penyertaan dari China ialah RM16.6 bilion manakala pelaksanaan pelaburan dengan penyertaan dari China mencecah RM1.82 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Luar China Wang Yi di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.