Agong salur nilai bidaan plat FFF 1 kepada kerajaan Persekutuan

Bernama
Jun 20, 2024 10:40 MYT
Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta. - Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyalurkan nilai bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta kepada kerajaan Persekutuan.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan kepada kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.
"Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta," menurut catatan berkenaan.
-- BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #plat FFF 1 #bidaan #kerajaan Persekutuan
;