Agong rasmi dewan Ritz Carlton Langkawi

Bernama
November 30, 2016 07:29 MYT
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menurunkan tandatangan sempena perasmian Dewan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah The Ritz-Carlton Langkawi. - fotoBERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan merasmikan Dewan Ritz Carlton Langkawi di sini malam tadi yang dinamakan sempena nama baginda.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi AJ Resorts Sdn Bhd, Tan Sri Onn Mahmud.
Mengiringi baginda adalah Tunku Panglima Besar Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din; dan Pegawai Daerah Langkawi, Isahak Murat.
AJ Resorts Sdn Bhd merupakan syarikat pemilik hotel berkenaan yang terletak di Jalan Pantai Kok di sini.
Dalam ucapannya di majlis itu, Onn berkata ciri-ciri seni bina Melayu digunakan dalam reka bentuk dewan berkenaan dan disesuaikan dengan keadaan semulajadi yang indah di Langkawi. -- Bernama
#Onn Mahmud #Pengerusi AJ Resorts Sdn Bhd #Ritz Carlton #Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah #Yang di-Pertuan Agong
;