Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidiladha

Bernama
Jun 16, 2024 21:08 MYT
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan doa agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT. - Gambar FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan doa agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.
"Saya juga berdoa supaya jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat mengerjakan ibadah dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur.
"Bersama-sama juga kita mendoakan kesejahteraan berterusan bagi negara yang tercinta ini," titah Seri Paduka Baginda.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha esok.
-- BERNAMA
#jemaah haji #Tanah Suci #Aidiladha #Ibadah Korban
;