Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia

Bernama
September 16, 2022 10:20 MYT
Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik melalui Facebook rasmi Istana Negara. - Foto Facebook/Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia 2022.
Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik melalui Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.
"Selamat menyambut Hari Malaysia 2022 16 September 2022.
"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dilindungi daripada semua bentuk ancaman dan musibah, diberkati dan dikurniakan kemakmuran serta perpaduan yang berkekalan," menurut catatan di poster berkenaan.
Hari Malaysia yang disambut 16 Sept setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia.
Tahun ini, sambutan peringkat kebangsaaan akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka, malam ini.
Ia juga merupakan sambutan peringkat kebangsaan julung kali diadakan di Semenanjung.
-- BERNAMA
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah #Hari Malaysia #Istana Negara
;