Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu

Bernama
Mei 12, 2024 12:10 MYT
Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong. -Facebook
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.
Seri Paduka Baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.
"Saya sentiasa bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dikurniakan seorang isteri dan ibu yang amat penyayang kepada anak-anak.
"Begitu besar pengorbanan serta kasih sayang yang dicurahkan Raja Zarith dalam membesarkan mereka.
"Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala juga sentiasa merahmati Almarhumah bonda, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin. Al-Fatihah," titah Seri Paduka Baginda.
Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.
-- BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #Raja Permaisuri Agong #Selamat Hari Ibu #Sultan Ibrahim
;