Agong, Raja Permaisuri santuni orang ramai, peniaga

Astro Awani
Disember 16, 2021 00:16 MYT
Seri Paduka Baginda berdua berkenan singgah dan membeli teh tarik di sebuah gerai, sebelum melayani permintaan orang ramai dan peniaga yang mahu mengabadikan kenangan bersama. - Instagram/Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkesempatan menyantuni dan beramah mesra bersama peniaga-peniaga dan orang ramai selepas santapan tengah hari di sebuah restoran makanan segera di Jalan Ipoh, pada Khamis.
Seri Paduka Baginda berdua berkenan singgah dan membeli teh tarik di sebuah gerai, sebelum melayani permintaan orang ramai dan peniaga yang mahu mengabadikan kenangan bersama.
"KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkesempatan menyantuni dan beramah mesra bersama peniaga-peniaga dan orang ramai usai santapan tengah hari di restoran KFC Jalan Ipoh, hari ini," itu hantaran di media sosial Istana Negara.
Difahamkan, Baginda berdua sebelum itu singgah di restoran tersebut ketika dalam perjalanan keberangkatan pulang ke Istana Negara dari Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
#Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Raja Permaisuri Agong #media sosial #Istana Negara
;